Sunday 18 November 2012

Warna ( 2 )

A. Pengenalan Warna ialah tindak balas cahaya ke atas sesuatu permukaan. B. Jenis-jenis Warna Dalam seni visual, warna terbahagi kepada 3 jenis, iaitu: 1. Warna Asas/Utama 2. Warna Sekunder 3. Warna Tertier Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning. Warna asas ialah warna utama yang tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain, tetapi boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna Sekunder Warna sekunder terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu. Warna sekunder terhasil daripada campuran 2 warna asas. Warna Asas Warna Sekunder Kuning + Biru = Hijau Biru + Merah = Ungu Merah + Kuning = Jingga Warna tertier terhasil daripada campuran 1 warna asas dengan 1 warna sekunder. Warna Asas Warna Sekunder Warna Tertier Biru + Ungu = Biru-Ungu Merah + Ungu = Merah-Ungu Merah + Jingga = Merah-Jingga Kuning + Jingga = Kuning-Jingga Kuning + Hijau = Kuning-Hijau Biru + Hijau = Biru-Hijau Warna Neutral Warna neutral merupakan warna yang tidak tergolong dalam kategori warna asa, warna sekunder dan warna tertier. Warna neutral terdiri daripada warna putih dan hitam atau campuran kedua-duanya. C. Nilai Warna Ton Warna Ton warna ialah nilai pancaran kecerahan dan kegelapan sesuatu warna. Ton warna diperoleh melalui campuran sesuatu warna dengan warna putih atau warna hitam. Warna yang dicampur dengan warna hitam menjadi ton yang lebih gelap dan warna yang dicampur dengan warna putih akan menjadi ton yang lebih cerah. Kroma Warna Kroma ialah nilai ukuran warna. Ia terhasil melalui campuran warna penggenap dalam nisbah yang tertentu. D. Gubahan Warna Sewarna Sewarna ialah gubahan yang menggunakan 1 warna dalam beberapa ton atau dikenali sebagai warna monokrom. Sewarna dapat dihasilkan melalui campuran warna putih untuk kesan terang atau warna hitam untuk kesan gelap. Warna Harmoni Warna harmoni ialah sekumpulan warna yang terletak sebelah-menyebelah dalam roda warna. Ia mempunyai hubungan warna, ton dan suhu warna yang sama. Warna harmoni dapat menimbulkan kesan perasaan selesa dan tenang. Ia sesuai digunakan untuk menghasilkan corak tekstil, hiasan dalaman, perabot, seni taman dan seni halus. Berikut ialah contoh warna yang berharmoni: *merah jingga, jingga, jingga kuning *hijau kuning, hijau, hijau biru Warna Penggenap Warna penggenap merujuk kepada gubahan warna yang menggunakan kombinasi warna yang kedudukannya saling bertentangan dalam roda warna. Warna penggenap juga dikenali sebagai ‘complementary’. Contoh warna penggenap ialah: Merah – Hijau Kuning – Ungu Biru – Jingga E. Suhu Warna Suhu warna ialah kumpulan warna yang mempunyai kesan pancaran cahaya panas atau kesan pancaran cahaya sejuk. Warna panas ( merah,kuning, jingga dan hijau kuning)memberi kesan terang dan garang dan merangsang pandangan. Ia merupakan kumpulan warna yang mempunyai kesan cahaya yang tinggi. Warna sejuk ( biru, ungu, hijau dan biru hijau ) memberi kesan redup, tenang dan damai serta menyejukkan mata memandang. Ia mempunyai kesan pancaran cahaya yang rendah. F. Peranan dan Fungsi Warna Dalam masyarakat berbudaya, elemen warna dan fungsinya tidak dapat dipisahkan. Warna merupakan sebahagian daripada pakaian kehidupan masyarakat dunia. Masyarakat desa di Malaysia, mensinonimkan warna dengan objek alam sekeliling. Warna boleh membawa maksud atau pengertian tertentu mengikut budaya setempat seperti: Warna kuning- kebesaran diraja, kecemerlangan, ceria, kekayaan. Warna merah- berani, kemakmuran, bahaya, amaran. Warna hijau- segar, subur, pertumbuhan. Warna biru- kedamaian, tenang, romantik. Warna putih- kesucian, kemurnian, kerohanian. Warna hitam- kesedihan atau kepiluan.

0 comments:

Post a Comment